Pages

Ads 468x60px

Monday, August 13, 2012

engagement preparation

syukur alhamdulillah. selamat saya selamat di risik oleh keluarga MZ pada 20 Julai 2012. sehari sebelum kita menyambut ramadhan. bila sudah dirisik nih. dah tentu la akan teruskan ke next step kan? bertunang la plak. bincang punya bincang. saya dan MZ setuju untuk adakan majlis pertunangan kitorang pada 23 Ogos 2012 nanti.insya-Allah. banyak masalah jugak yang kitorang hadapi sebelum decide tarikh tu. tapi syukur lah. akhirnya dapat jugak tetapkan tarikh. tak nak cerita panjang, sebab majlis nya pun belum berlangsung. so kat sini, saya nak wat checklist preparation yang saya telah dan akan lakukan untuk majlis tersebut.


1) hantaran
setelah berbincang siap ada drama merajuk dan mengamuk. MZ akan bagi 5 hantaran, saya balas 7.
hantaran ni kami pilih untuk bagi makanan/manisan sahaja. no barang2. sebab hantaran barang ini kami dah sepakat untuk bawa time menikah nanti. ini yang saya fikir relevan dan biasanya dijadikan hantaran pertunangan.
  • kek
  • buah
  • kuih muih
  • coklat
  • gula dan garam ( ini katanya merupakan adat negeri perak.garam dan gula digubah dan dijadikan hantaran)
  • potpouri
2) baju/ tudung/ selendang/veil
disebabkan ini hanya majlis pertunangan, saya beli je baju tunang yang simple sahaja+tudung ekspress+ half moon shawl sebagai veil.

3) mekap
saya ambil pakej sekali dengan mini pelamin. 

4) mini pelamin

saya nak yang macam ni. huhuhu.

5) sirih junjung/ tepak sirih

6) jamuan makan
yang ni saya serahkan sepenuhnya kepada mak dan abah saya :)

7) bunga tangan
yang ni ada pun ok.tak da pun tak pe. :)

8) jurugambar
yang ni kalo ada bajet lebih, leh la hire photog. kalo xda, mintak jer tolong adik beradik sepupu sepapat.hehe.

 

0 gorgeous:

Post a Comment

love

Daisypath Anniversary tickers

TTC

Lilypie Trying to Conceive 15 to 80 day cycle tickers