Pages

Ads 468x60px

Labels

Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Saturday, August 25, 2012

we are blessed :)


Assalamualaikum..

syukur alhamdulillah. sebulan selepas dirisik, pada 5 Syawal bersamaan dengan 23 Ogos 2012. 

finally~~ i'm engaged!! :)


selepas dirisik pada 20 Julai 2012, keluarga saya dan beliau telah putuskan kata sepakat untuk mengikat tali pertunangan kami berdua pada 5 Syawal.

disebabkan jangka waktu persiapan amat singkat dan kekangan waktu bekerja saya dan beliau, kami juga bersepakat untuk memberi hantaran manisan sahaja. tak barang-barang seperti persalinan semasa akad nikah dan lain-lain.

mengikut perbincangan saya dan beliau, hantaranya hanya 5 berbalas 7. tapi ramai pula yang bermurah hati, dan pihak mereka juga murah rezeki, jadilah hantarannya 7 berbalas 13.


majlis pertunangan yang saya bayangkan hanyalah majlis yang ringkas. tapi, permintaan mak saya yang mahu adakan pelamin, saya turutkan. :)

pelamin pun yang simple juga :)


tema pertunangan saya kuning silver. tapi encik tunang wat hantaran untuk saya warna purple. sebabnya saya pernah bagitahu beliau itu warna feveret saya.

hantaran dari beliau.
pic tak menarik sebab saya tak ada OP.. nak edit pun malas..hehe
majlis tu abah dan mak saya buat sekali dengan kenduri doa selamat. disebabkan rombongan sampai agak lewat, tahlil di mulakan dulu dengan diketuai oleh pak samad.

 tak da pic sebab jurukamera yang ditugaskan sibuk main game dekat galaxy tab.

dalam jam 12.40 tengahari, rombongan pun sampai. nervous? serious cakap. tak da langsung. sebab pe? sebab sekeliling saya ada mak sedara saya yang sangat kelaka.saya duk dalam bilik, dengar perbincangan mereka. selama xda bayangan pun macam mana upacara perminangan tu berlaku. ingatkan ada pantun-pantun.ngehngeh.:P






tatau nak caption apa..paham sendiri la kot.






and i'm officially single but not available :)


ok. sekarang.sila layan gambar syok sendiri saya pulak. oh! lupa. encik tunang saya ni style remaja zaman dulu. so, time bertunang ni dia x datang. so, saya syok sendiri bergambar sorg je.








okla..cukup la. kang extra syok sendiri plak..huhu.. doakan kami sampai ke syurga...amin...:)


Monday, August 13, 2012

engagement preparation

syukur alhamdulillah. selamat saya selamat di risik oleh keluarga MZ pada 20 Julai 2012. sehari sebelum kita menyambut ramadhan. bila sudah dirisik nih. dah tentu la akan teruskan ke next step kan? bertunang la plak. bincang punya bincang. saya dan MZ setuju untuk adakan majlis pertunangan kitorang pada 23 Ogos 2012 nanti.insya-Allah. banyak masalah jugak yang kitorang hadapi sebelum decide tarikh tu. tapi syukur lah. akhirnya dapat jugak tetapkan tarikh. tak nak cerita panjang, sebab majlis nya pun belum berlangsung. so kat sini, saya nak wat checklist preparation yang saya telah dan akan lakukan untuk majlis tersebut.


1) hantaran
setelah berbincang siap ada drama merajuk dan mengamuk. MZ akan bagi 5 hantaran, saya balas 7.
hantaran ni kami pilih untuk bagi makanan/manisan sahaja. no barang2. sebab hantaran barang ini kami dah sepakat untuk bawa time menikah nanti. ini yang saya fikir relevan dan biasanya dijadikan hantaran pertunangan.
  • kek
  • buah
  • kuih muih
  • coklat
  • gula dan garam ( ini katanya merupakan adat negeri perak.garam dan gula digubah dan dijadikan hantaran)
  • potpouri
2) baju/ tudung/ selendang/veil
disebabkan ini hanya majlis pertunangan, saya beli je baju tunang yang simple sahaja+tudung ekspress+ half moon shawl sebagai veil.

3) mekap
saya ambil pakej sekali dengan mini pelamin. 

4) mini pelamin

saya nak yang macam ni. huhuhu.

5) sirih junjung/ tepak sirih

6) jamuan makan
yang ni saya serahkan sepenuhnya kepada mak dan abah saya :)

7) bunga tangan
yang ni ada pun ok.tak da pun tak pe. :)

8) jurugambar
yang ni kalo ada bajet lebih, leh la hire photog. kalo xda, mintak jer tolong adik beradik sepupu sepapat.hehe.

 

love

Daisypath Anniversary tickers

TTC

Lilypie Trying to Conceive 15 to 80 day cycle tickers