Pages

Ads 468x60px

Saturday, August 25, 2012

beliau dan saya

assalamualaikum..


sementelah cuti sekolah ni, rajin la pula saya meng'update' blog ni. ye la.. nanti da start sekola, memang takkan sempat nak update2 selalu dah. kan-kan.

p/s: sila bersabar kerana post kali ini adalah post gedik. :p

kali ni saya nak story tentang saya dan my en. sayang tunang saya.

macam ni story nyer..


perkenalan kami berdua bermula pada penghujung Januari. tak ingat plak tarikhnya. saya kenal dia dari seorang kawan. dia pun kenal saya dari seorang kawannya. selepas dari perkenalan, kami berbalas mesej dan berbual di telefon. dari mesej ke whatsapp.perlu ker cerita benda nih? tetttt!!

kemudian, masuk bulan 3, saya tersangat bz dengan tugas PTPS Gimrama. dengan persiapan kejohanan negeri la.. kebangsaan la. start daripada itu saya mula rapat dengan beliau. semua nak mengadu. tapi yang best nya, beliau setia mendengar walaupun kadang-kadang komen yang beliau berikan tak berapa membina. time saya boring gila tengah ikut latihan pusat bebudak gimrama. sapa yang yang rajin teman aku SMS? beliau la. hehe.walaupun tengah bz keje.. nak amik hati la katakan. ngehngeh.

kemudian, relationship kitorang as a friend bertambah rapat bila cuti pertengahan semester 1, saya terpaksa merantau selama seminggu ke Melaka kerana menjadi pengurus pasukan Negeri Perak untuk acara Gimrama. OMG! memang tak boleh terima kenyataan masa tu. sapa yang sabarkan saya? beliau laa...

bila kami mula berjumpa? kami bertemu buat kali pertamanya masa saya balik dari Melaka. dalam perjalanan ke Melaka saya singgah sekejap di Rawang. Mulanya berhasrat nak jumpa sekejap je. tapi saya ambil kesempatan peluang jadikan beliau pemandu membantu memandu kereta saya memandangkan saya terlalu letih untuk memandu.

itu detik pertemuan pertama kami (sambil mata terkebil-kebil mengingat scene seterusnya).

 i ingat lagi u time tu pakai baju apa. kemeja kotak2 kaler biru.. ahaks...

tak pernah pun menyatakan rasa cinta. sangat old school gaya percintaan kami. romantik-romantik? jangan harap la... hikhik.

sampai la satu masa, dia nyatakan hasrat beliau untuk berjumpa dengan ibu bapa saya..saya terus setuju.. beliau datang berjumpa ibubapa saya. lepas jer beliau datang berjumpa dengan ibu bapa saya, mereka seperti tiada halangan. merestui niat kami berdua. :) syukur alhamdulillah.

selepas pada tu, beliau hantar pula ibu bapa beliau untuk merisik..sehari sebelum puasa. hari merisik.esoknya puasa.

dan sekarang, kami sudah pun bertunang..

memang hubungan kami agak pelik.bukan pelik. simple sebenarnya. tak ada feeling-feeling lebih.

bercinta? memang jauh lah. saya fikir satu jer? matlamat kami adalah perkahwinan. so, kami nak bercinta selepas berkahwin. saya pun rasa yang saya membuat keputusan yang betul. Insya-Allah :)

seriously, bila dah bertunang, kita akan jadi lebih rasional dalam satu hubungan.. itu apa yang saya rasa la. sebabnya, kalo bercinta, bila bergaduh sikit, mesti pikir nak putus jer kan.. tapi, bila da bertunang ni, bila korang gaduh sikit, mesti korang fikir untuk baiki hubungan tu kan? takkan nak putus kan? sebab benda ni da melibatkan family.. banyak nak kena consider. tapi saya juga tak menolak kalau tetiba hubungan terputus di tengah jalan, even da bertunang pun kan..ingat! rezeki, ajal dan jodoh adalah ketentuan Ilahi.. :)

bila kawan-kawan tanya. eh! syikin! tiba-tiba je dah nak bertunang.. hang ni biaq betul.. saya hanya boleh tersenyum.. yer kawan-kawan.. saya betul la ni. apa yang tak betul. saya sedang lakukan yang betul.. daripada saya me'lagha' bercinta sakan seperti dulu, yang akhirnya putus ditengah jalan, apakata kali ini, kita lakukan dengan lebih serius. menuju kearah hubungan yang ada masa depan. matlamat untuk hidup bersama itu perlu direalisasikan. mungkin percintaan kami baru je nak bermula. bermula selepas ikatan pertunangan ini. Insya-Allah, dengan restu keluarga dan doa rakan-rakan. kami dapat mencapai apa yang kami impikan.

bercinta selepas kahwin sweet apa..kan?? :))
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang"


Ya Allah

Seandainya telah Engkau catatkan

Dia milikku, tercipta buatku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

titipkan kebahagiaan di antara kami

agar kemesraan itu abadi.....



Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

Ke ketepian yang sejahtera dan abadi

Maka jodohkanlah kami.....



Tetapi Ya Allah

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandanganku

Luputkanlah dia dari ingatanku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.....



Ya Allah Ya tuhanku Yang Maha Mengerti

Berikanlah aku kekuatan

Menolak bayangnya jauh ke dada langit

Hilang bersama senja yang merah

Agarku sentiasa tenang

Walaupun tanpa bersama dengannya.....



Ya Allah yang tercinta

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untuk hambaMu ini.....



Ya Allah

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku

Di dunia dan di akhirat

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian

Di dunia ini mahupun akhirat

Maka...kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina

Kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.....



Ya Allah

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat

Dan peliharalah kami dari azab api neraka.....

AMIN.......AMIN.......YA ROBBAL ALAMIN.....
to My Future Husband,
semoga kasih sayang kita sampai ke syurga..

0 gorgeous:

Post a Comment

love

Daisypath Anniversary tickers

TTC

Lilypie Trying to Conceive 15 to 80 day cycle tickers