assalam...
ok. post kali ni. luahan perasaan carca merba ok!
saya sangat excited dengan persiapan perkahwinan kami yang akan berlangsung pada Mar 2013 nanti. Insya-Allah.
survey sana sini. sampai la saya terjumpa satu kedai yang memenuhi citarasa saya.baguslah :)
saya dengan excited memberitahu encik tunang saya tentang penemuan saya. encik tunang macam tak excited. baru la saya faham sekarang. encik tunang x nak bersanding. ok laling! no problem :)
so,
ini adalah gambaran pertama saya tentang tema majlis saya nanti.
1) Nikah: off white( berfikir-fikir untuk tempah baju nikah )
2) resepsi : tema turquoise + dark purple
~ since bridal yang saya pegi semalam ada offer pakej yang best dan willing to design baju baru ikut citarasa saya, so, saya tengah mensurvey design dress pujaan hati saya.. :)
3) bertandang :hitam + ??
~ saya rasa nak berjimat sedikit di bahagian bertandang ni.. so, saya rasa macam nak tempah jer baju untuk bertandang (kurung moden maybe? ). so, boleh la recycle baju tu untuk hari raya nanti..kikiki...
Friday, August 31, 2012
my random style
Sunday, August 26, 2012
warna tema 2013
dua tiga hari ni, benda ni la yang dok ada dalam kepala otak saya.
<<<<<warna tema>>>>>>
pening kepala saya bila dok pikir pasal warna tema untuk majlis nikah, resepsi dan bertandang nanti..
search sana, godek sini...
sampai kan petang tadi pergi la ke butik bridal, untuk tengok kaler apa yang cantik untuk dijadikan tema perkahwinan. masuk je butik. rambang mata. semua pun cantik!! haha..
so saya nak share warna-warna yang saya rasa up-to-date untuk wedding tahun 2012/2013.
( sila abaikan sekiranya tidak menepati citarasa anda.)
teal, tangerine, navy blue |
black, soft pink, off white |
black, shocking pink, off white |
silver and lime |
black, yellow, lime |
maroon, aqua, bubble gum |
periwinkle and sky ( saya macam in love dengan color nih :) ) |
violet, fuchsia, vanilla |
tatau ni warna apa, sebab time google tu lupa nk save color dia. |
Labels:
wedding preparation
Saturday, August 25, 2012
beliau dan saya
assalamualaikum..
sementelah cuti sekolah ni, rajin la pula saya meng'update' blog ni. ye la.. nanti da start sekola, memang takkan sempat nak update2 selalu dah. kan-kan.
p/s: sila bersabar kerana post kali ini adalah post gedik. :p
kali ni saya nak story tentang saya dan my en. sayang tunang saya.
macam ni story nyer..
perkenalan kami berdua bermula pada penghujung Januari. tak ingat plak tarikhnya. saya kenal dia dari seorang kawan. dia pun kenal saya dari seorang kawannya. selepas dari perkenalan, kami berbalas mesej dan berbual di telefon. dari mesej ke whatsapp.perlu ker cerita benda nih? tetttt!!
kemudian, masuk bulan 3, saya tersangat bz dengan tugas PTPS Gimrama. dengan persiapan kejohanan negeri la.. kebangsaan la. start daripada itu saya mula rapat dengan beliau. semua nak mengadu. tapi yang best nya, beliau setia mendengar walaupun kadang-kadang komen yang beliau berikan tak berapa membina. time saya boring gila tengah ikut latihan pusat bebudak gimrama. sapa yang yang rajin teman aku SMS? beliau la. hehe.walaupun tengah bz keje.. nak amik hati la katakan. ngehngeh.
kemudian, relationship kitorang as a friend bertambah rapat bila cuti pertengahan semester 1, saya terpaksa merantau selama seminggu ke Melaka kerana menjadi pengurus pasukan Negeri Perak untuk acara Gimrama. OMG! memang tak boleh terima kenyataan masa tu. sapa yang sabarkan saya? beliau laa...
bila kami mula berjumpa? kami bertemu buat kali pertamanya masa saya balik dari Melaka. dalam perjalanan ke Melaka saya singgah sekejap di Rawang. Mulanya berhasrat nak jumpa sekejap je. tapi saya ambil kesempatan peluang jadikan beliau pemandu membantu memandu kereta saya memandangkan saya terlalu letih untuk memandu.
itu detik pertemuan pertama kami (sambil mata terkebil-kebil mengingat scene seterusnya).
i ingat lagi u time tu pakai baju apa. kemeja kotak2 kaler biru.. ahaks...
tak pernah pun menyatakan rasa cinta. sangat old school gaya percintaan kami. romantik-romantik? jangan harap la... hikhik.
sampai la satu masa, dia nyatakan hasrat beliau untuk berjumpa dengan ibu bapa saya..saya terus setuju.. beliau datang berjumpa ibubapa saya. lepas jer beliau datang berjumpa dengan ibu bapa saya, mereka seperti tiada halangan. merestui niat kami berdua. :) syukur alhamdulillah.
selepas pada tu, beliau hantar pula ibu bapa beliau untuk merisik..sehari sebelum puasa. hari merisik.esoknya puasa.
dan sekarang, kami sudah pun bertunang..
memang hubungan kami agak pelik.bukan pelik. simple sebenarnya. tak ada feeling-feeling lebih.
bercinta? memang jauh lah. saya fikir satu jer? matlamat kami adalah perkahwinan. so, kami nak bercinta selepas berkahwin. saya pun rasa yang saya membuat keputusan yang betul. Insya-Allah :)
seriously, bila dah bertunang, kita akan jadi lebih rasional dalam satu hubungan.. itu apa yang saya rasa la. sebabnya, kalo bercinta, bila bergaduh sikit, mesti pikir nak putus jer kan.. tapi, bila da bertunang ni, bila korang gaduh sikit, mesti korang fikir untuk baiki hubungan tu kan? takkan nak putus kan? sebab benda ni da melibatkan family.. banyak nak kena consider. tapi saya juga tak menolak kalau tetiba hubungan terputus di tengah jalan, even da bertunang pun kan..ingat! rezeki, ajal dan jodoh adalah ketentuan Ilahi.. :)
bila kawan-kawan tanya. eh! syikin! tiba-tiba je dah nak bertunang.. hang ni biaq betul.. saya hanya boleh tersenyum.. yer kawan-kawan.. saya betul la ni. apa yang tak betul. saya sedang lakukan yang betul.. daripada saya me'lagha' bercinta sakan seperti dulu, yang akhirnya putus ditengah jalan, apakata kali ini, kita lakukan dengan lebih serius. menuju kearah hubungan yang ada masa depan. matlamat untuk hidup bersama itu perlu direalisasikan. mungkin percintaan kami baru je nak bermula. bermula selepas ikatan pertunangan ini. Insya-Allah, dengan restu keluarga dan doa rakan-rakan. kami dapat mencapai apa yang kami impikan.
bercinta selepas kahwin sweet apa..kan?? :))
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang"
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkan kebahagiaan di antara kami
agar kemesraan itu abadi.....
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami.....
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.....
Ya Allah Ya tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangnya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.....
Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untuk hambaMu ini.....
Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun akhirat
Maka...kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina
Kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.....
Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.....
AMIN.......AMIN.......YA ROBBAL ALAMIN.....
to My Future Husband,
semoga kasih sayang kita sampai ke syurga..
Labels:
hati saya,
oh so random
we are blessed :)
Assalamualaikum..
syukur alhamdulillah. sebulan selepas dirisik, pada 5 Syawal bersamaan dengan 23 Ogos 2012.
finally~~ i'm engaged!! :)
selepas dirisik pada 20 Julai 2012, keluarga saya dan beliau telah putuskan kata sepakat untuk mengikat tali pertunangan kami berdua pada 5 Syawal.
disebabkan jangka waktu persiapan amat singkat dan kekangan waktu bekerja saya dan beliau, kami juga bersepakat untuk memberi hantaran manisan sahaja. tak barang-barang seperti persalinan semasa akad nikah dan lain-lain.
mengikut perbincangan saya dan beliau, hantaranya hanya 5 berbalas 7. tapi ramai pula yang bermurah hati, dan pihak mereka juga murah rezeki, jadilah hantarannya 7 berbalas 13.
majlis pertunangan yang saya bayangkan hanyalah majlis yang ringkas. tapi, permintaan mak saya yang mahu adakan pelamin, saya turutkan. :)
pelamin pun yang simple juga :) |
tema pertunangan saya kuning silver. tapi encik tunang wat hantaran untuk saya warna purple. sebabnya saya pernah bagitahu beliau itu warna feveret saya.
hantaran dari beliau. |
pic tak menarik sebab saya tak ada OP.. nak edit pun malas..hehe |
tak da pic sebab jurukamera yang ditugaskan sibuk main game dekat galaxy tab.
dalam jam 12.40 tengahari, rombongan pun sampai. nervous? serious cakap. tak da langsung. sebab pe? sebab sekeliling saya ada mak sedara saya yang sangat kelaka.saya duk dalam bilik, dengar perbincangan mereka. selama xda bayangan pun macam mana upacara perminangan tu berlaku. ingatkan ada pantun-pantun.ngehngeh.:P
tatau nak caption apa..paham sendiri la kot. |
and i'm officially single but not available :)
ok. sekarang.sila layan gambar syok sendiri saya pulak. oh! lupa. encik tunang saya ni style remaja zaman dulu. so, time bertunang ni dia x datang. so, saya syok sendiri bergambar sorg je.
okla..cukup la. kang extra syok sendiri plak..huhu.. doakan kami sampai ke syurga...amin...:)
Thursday, August 16, 2012
DIY #1 - hand bouquet
assalamualaikum..
hai.. 6 hari lagi sebelum E-day.. soo excited. nervous pun ada. semalam tengah-tengah bosan, ter-rajin pulak meng'google' cara-cara membuat handbouquet or bunga tangan. kenapa tetiba leh fikir nak DIY handbouquet ni? entah.jangan dipersoalkan. bila dapat semangat gedik ni.baik teruskan jer.jangan tangguh2 lagi.. hekhek.
so, kalo search kat google tu memang banyak la websites, video, dan blog yang tunjukkan cara buat handbouquet. ada yang dari kain felt, dari kristal, beads, pearl, fresh flower, crepe paper dan brooch..huih.banyak la.
tapi saya, nak guna artificial flower. why? supaya saya boleh simpan handbouquet buatan saya tu. :)
hai.. 6 hari lagi sebelum E-day.. soo excited. nervous pun ada. semalam tengah-tengah bosan, ter-rajin pulak meng'google' cara-cara membuat handbouquet or bunga tangan. kenapa tetiba leh fikir nak DIY handbouquet ni? entah.jangan dipersoalkan. bila dapat semangat gedik ni.baik teruskan jer.jangan tangguh2 lagi.. hekhek.
so, kalo search kat google tu memang banyak la websites, video, dan blog yang tunjukkan cara buat handbouquet. ada yang dari kain felt, dari kristal, beads, pearl, fresh flower, crepe paper dan brooch..huih.banyak la.
tapi saya, nak guna artificial flower. why? supaya saya boleh simpan handbouquet buatan saya tu. :)
from google. felt handbouquet.
pearl handbouquet
brooch
fresh flower
hand bouquet saya? surprise!! :))
Tuesday, August 14, 2012
bahana kasut tumit tinggi
assalamualaikum... sambil-sambil tunggu untuk masuk next class, sempat pulak update post kat blog ni.dua hari ni betis saya sakit seolah-olah baru leoas kekejangan.sakit.nak berjalan naik tangga ke kelas pun sakit. slow-slow je saya naik tangga.
saya memang penggemar kasut tumit tinggi. terutama jenama Vincci. yerla. bukan la jenama terkenal seperti jimmy choo.saya pun tak mampu nak memiliki jenama antarabangsa itu.cukup sekadar Vincci:
mungkin disebabkan kegemaran saya memakai high heels ini lah, kaki saya sedang menderita sekarang.terada seperti mahu pergi membuat urutan refleksologi. sakitnya laaa aduhai!!!
saya memang penggemar kasut tumit tinggi. terutama jenama Vincci. yerla. bukan la jenama terkenal seperti jimmy choo.saya pun tak mampu nak memiliki jenama antarabangsa itu.cukup sekadar Vincci:
mungkin disebabkan kegemaran saya memakai high heels ini lah, kaki saya sedang menderita sekarang.terada seperti mahu pergi membuat urutan refleksologi. sakitnya laaa aduhai!!!
Monday, August 13, 2012
segunung budi selaut ingatan
assalamualaikum.
nak story hal sekola pula kali ni. ok! lets start. rabu minggu lepas, sekolah saya telah meraikan hari persaraan cikgu yang telah 12 tahun berkhidmat di sekolah kami. saya sempat mengenali beliau hanya sekejap kerana saya di'posting'kan di sekolah tersebut pada penghujung 2010.
lebih kurang setahun lebih saya mengenali beliau. baik orangnya. xlokek dengan cerita, pengalaman dan nasihat. ;) bersara pada usia 58 tahun.
serba sedikit mengenai persiapan yang telah dilakukan untuk meraikan persaraan beliau, since saya dan rakan-rakan guru yang lain berpendapat, Majlis Persaraan ini merupakan satu majlis yang penting dan ianya sekali seumur hidup. iyalah kan, setelah berpuluh-puluh tahun berbakti kepada anak bangsa. haruslah ianya diraikan dengan meriah walaupun sambutannya diadakan pada bulan ramadhan. :)
disebabkan saya memegang jawatan setiausaha kelab guru, saya hanya diberi tugas untukmenguruskan urusan surat menyurat. alahai... 1 surat jer sebab ada seorang je jemputan daripada PPD Kerian. so, saya telah mengambil keputusan untuk menyibukkan diri di jawatankuasa sambutan. seperti biasa, sudah semestinya kak ainol akan keluarkan idea last minit yang sangat whoahhh!!
projek pertama untuk sambutan ini adalah kad.. dan of course lah, design kad ini daripada kad ainol, dan kami-kami yang lain, akan cuba realisasikan idea tersebut.
then, kami juga menghias kereta cikgu phuah,dengan renda-renda cantik dan manis, untuk cikgu shariff melambai-lambai buat kali terakhir kepada warga sekolah.
hadiah. sudah pasti hadiah titipan terakhir dari warga sekolah buat cikgu shariff. jadi selaku setiausaha, saya belikan beliau sepasang kasut kulit jenama Larrie dan sepasang baju melayu buat beliau. cantik dan sesuai pada kiraan saya. panitia dan persatuan lain, saya terlupa nak bertanya kepada mereka.
ok la. untuk menjamu mata, ini merupakan gambar dan rakaman peristiwa sempena Majlis Persaraan Tn. Haji Shariff B. Taib. :) enjoice~!
pakpakpompom..macam pengatin baru dah:) |
beliau:) |
ucapan akhir sebelum bersara |
sajak "Bagai Air yang mengalir" dedikasi khas buat beliau dari Kak Chon n Cikgu Phuah |
persembahan silat yang sangat bersungguh |
say goodbye:) |
ok! saya tengah excited menabur bunga rampai. |
sebahagian daripada hadiah beliau. |
simbolik tandatangan terakhir. we didi this almost everyday!! |
with the dayangs! dayang or dayong? |
just retired. |
engagement preparation
syukur alhamdulillah. selamat saya selamat di risik oleh keluarga MZ pada 20 Julai 2012. sehari sebelum kita menyambut ramadhan. bila sudah dirisik nih. dah tentu la akan teruskan ke next step kan? bertunang la plak. bincang punya bincang. saya dan MZ setuju untuk adakan majlis pertunangan kitorang pada 23 Ogos 2012 nanti.insya-Allah. banyak masalah jugak yang kitorang hadapi sebelum decide tarikh tu. tapi syukur lah. akhirnya dapat jugak tetapkan tarikh. tak nak cerita panjang, sebab majlis nya pun belum berlangsung. so kat sini, saya nak wat checklist preparation yang saya telah dan akan lakukan untuk majlis tersebut.
1) hantaran
setelah berbincang siap ada drama merajuk dan mengamuk. MZ akan bagi 5 hantaran, saya balas 7.
hantaran ni kami pilih untuk bagi makanan/manisan sahaja. no barang2. sebab hantaran barang ini kami dah sepakat untuk bawa time menikah nanti. ini yang saya fikir relevan dan biasanya dijadikan hantaran pertunangan.
1) hantaran
setelah berbincang siap ada drama merajuk dan mengamuk. MZ akan bagi 5 hantaran, saya balas 7.
hantaran ni kami pilih untuk bagi makanan/manisan sahaja. no barang2. sebab hantaran barang ini kami dah sepakat untuk bawa time menikah nanti. ini yang saya fikir relevan dan biasanya dijadikan hantaran pertunangan.
- kek
- buah
- kuih muih
- coklat
- gula dan garam ( ini katanya merupakan adat negeri perak.garam dan gula digubah dan dijadikan hantaran)
- potpouri
2) baju/ tudung/ selendang/veil
disebabkan ini hanya majlis pertunangan, saya beli je baju tunang yang simple sahaja+tudung ekspress+ half moon shawl sebagai veil.
3) mekap
saya ambil pakej sekali dengan mini pelamin.
4) mini pelamin
saya nak yang macam ni. huhuhu.
5) sirih junjung/ tepak sirih
6) jamuan makan
yang ni saya serahkan sepenuhnya kepada mak dan abah saya :)
7) bunga tangan
yang ni ada pun ok.tak da pun tak pe. :)
8) jurugambar
yang ni kalo ada bajet lebih, leh la hire photog. kalo xda, mintak jer tolong adik beradik sepupu sepapat.hehe.
Saturday, August 11, 2012
grand opening
assalam..
syukur kehadrat Ilahi, tercapai juga hasrat saya untuk membina blog baru ini. mana pergi blog yang sebelum ini? ada. masih ada. cuma cukuplah untuk tatapan saya sahaja. insya-Allah, saya akan cuba untuk sentiasa update blog ini. bukan apa. seperti yang saya selalu sebutkan sebelum ini. for old time sake :)
blog baru, semangat pun baru. masih lagi berlegar-legar mencari tema untuk blog saya ini. tapi yang pastinya, blog ini akan terkandung segalanya tentang diri saya, perjalanan hidup saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)